Sunday, 23 April 2017

Tekpi: Senjata Tradisional yang Kian Dilupakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog saya.

Sebelum saya masuk kepada topik saya, biarlah saya cerita sikit pasal diri saya ni. Sebenarnya, saya ni ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM). Ingat, Silat Cekak Malaysia tau. Sebab ada banyak persatuan silat cekak kat Malaysia ni.

Jadi, pada hari yang mulia ini, saya ada menyertai satu persembahan demonstrasi Silat Cekak di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar Indera Mahkota, Pahang. Demo ni dibuat sempena karnival Israk Mikraj bagi tahun ni. Apa yang menariknya, PSSCM ada bukak booth tau kat masjid ni.

Sambil saya jalan-jalan kat booth tu, saya terpandang sesuatu yang menarik. Nak tahu apa dia? Haa meh sini saya cerita. Saya jumpa sejenis senjata tradisional yang memang jarang dah kita jumpa zaman sekarang ni. Senjata tu namanya tekpi ataupun omputih panggil Sai.

Tekpi
Ehh, macam pernah tengok je senjata ni. Haa memang pun. Kalau sape yang pernah tengok cerita ninja turtle, Raphael (watak dlm cerita tu) ada pakai senjata ni. Tapi kan, sebenarnya senjata tekpi ni dah wujud lama dulu, sebelum wujudnya cerita ninja turtle lagi.
Raph ninja turtle


Kalau korang perasan la kan, dalam cerita nam jahanam karya Allahyarham P. Ramlee, beliau ada menunjukkan seni bermain tekpi ni. memang menarik la kalau tengok dia main tekpi ni. Nampak je macam senang, tapi nak pusing-pusing tekpi tu susah kot sebenarnya. Kalau nak tahu, tekpi ni berat tau, macam parang yang penjang tu.

Saya bersam tekpi

Ok lah, rasanya tu je kot yang saya nak cerita kali ni, kalau nak tahu lebih lanjut pasal tekpi ni, banyak je dalam internet. Boleh tanya Encik Google. Bye

No comments:

Post a Comment

6 tips berniaga secara online

Assalamualaikum  dan salam sejahtera, Pernah tak anda terfikir nak tambah pendapatan dengan buat kerja sampingan? Ataupun berminat nak bua...