Sunday, 23 April 2017

Belajar Photoshop online

Assalamualaikum semua,

Saya nak cerita sikit ni. Sebenarnya saya ni walaupun ambik jurusan farmasi, tapi kalau ada masa lapang saya suka buat aktiviti yang menggunakan otak kanan (sebab belajar sains macam farmasi ni selalunya guna otak kiri).

Jadi, masa saya ambil foundation/ asasi kat UIA Gambang dulu, ada je masa lapang saya akan bukak youtube dan belajar cara nak edit gambar guna photoshop. Cara saya belajar ni lain sikit tau. Selalunya orang belajar start dari basic, pastu makin lama makin advance, tapi saya ni lain dari yang lain. Saya start belajar dari yang advance dulu dekat youtube, maksudnya tengok tutorial macam mana nak buat dispersion effect, macam mana nak masukkan gambar kita dalam duit, macam mana nak buat tulisan atas air kopi. Haa lebih luring macam tu la. Tapi sebab channel youtube tu memang tunjuk satu-satu cara nak buat sampaikan orang yang tak tahu basic pun boleh ikut buat sampai jadi.

Muka saya dalam duit
Tulisan atas air kopi

Tapi, yang bestnya. Dari situ lah saya dapat tahu sikit-sikit pasal photoshop ni. Sampaikan orang cakap saya terer lah bab photoshop ni. Padahal tak pernah masuk kelas photoshop pun. Belajar kat youtube pun bukannya dari basic pun. Dah biasa dah orang suruh buat poster la, design macam-macam la. Boleh la sikit-sikit kan.

Contoh poster yang saya design sendiri

Jadi, ada masa lapang, ada orang suruh saya join wokshop photoshop kat UIA Kuantan ni. (UIA Kuantan ni untuk degree, UIA Gambang untuk asasi). Saya pun join la kan. Banyak benda dapat belajar. Kiranya belajar balik la dari basic. Baru dapat tahu function sebenar tools dalam photoshop tu. Sebelum ni main buat je ikut tutorial dalam youtube. Kalau berminat nak belajar macam saya belajar boleh klik sini

Tapi paling best saya dapat melukis pakai photoshop. Buat potret diri sendiri pakai "pen tools" je.Sebelum ni saya tengok je kawan-kawan kos arkitek saya yang lukis komik lah, lukis anime la pakai komputer, teringin jugak nak buat macam diorang. Cumanya, saya ni takdelah pandai sangat melukis. Sebab tu la kot mampu ambik farmasi je, takde lukis-lukis. hahaha.

Hasil lukisan pertama saya pakai photoshop


Hmm, tu jela kot saya nak cerita hari ni, lain kali saya cerita lagi okay.

No comments:

Post a Comment

6 tips berniaga secara online

Assalamualaikum  dan salam sejahtera, Pernah tak anda terfikir nak tambah pendapatan dengan buat kerja sampingan? Ataupun berminat nak bua...