Monday, 24 April 2017

Jamuan makan rx15

Assalamualaikum semua,

Jadi hari ni, saya nak bercerita sikit. hari ni saya dan kawan-kawan jurusan farmasi UIAM Kuantan batch ke-15 (Rx15) telah mengadakan jamuan batch. Jamuan ni simple je, kami just kumpul, buat barbeque, buat air cocktail dan macam-macam lagi lah.
Bakar ayam BBQ


Lepas tu, kami ada buat persembahan sikit. Tapi brother jelah yang buat persembahan tu. Saya dapat jugak peluang nyanyi 2 lagu penutup sebelum tamatkan majlis. Tapi lagu tu macam agak sedih la genre dia, bila ingat balik tu lagu masa nak grad time form 5 dulu ataupun masa masa AGD kat sekolah selalu main lagu tu. Nostalgia kot. Tiba-tiba rasa macam dah 4th year nak grad UIA la pulak kan. Padahal baru 1st year. Hahaha.

Pastu, ada la main game sikit. Nama game tu "makan sampai muntah". Mana taknya, ada ke bagi makan biskut inti wasabi la, Samyang la, maggi lagi. Dah la orang memang makan untuk jamuan, makan benda-benda ni pulak, memang padan la nama game "makan sampai muntah". Hahaha

Tengah ready nak tunggu makanan tu

Game yang seterusnya ialah "werewolf", haa untuk game ni, kitorang kena teka sape werewolf dalam kalangan batch kitorang. Dan setiap werewolf tu ada mission dia yang tersendiri, tapi tak boleh kantoi. Tapi of course la ada yang kantoi, tak semua manusia perfect. Ceyhh..
Last sekali, werewolf jugak yang menang sebab kitorang dapat teka 5 werewolf je. Yang lain terselamat, Muzake betul werewolf yang terselamat tu. Tapi takpe, yang penting kitorang enjoy. Betul tak.

Main teka-teka sape la werewolf ni

By the way, itulah antara aktiviti-aktivi batch yang kitorang buat seoanjang belajar kat Kuliyyah of Pharmacy UIA Kuantan ni. Kitorang memang jarang buat program batch sebab kekangan masa. Yelah, kos farmasi ni boleh kata kos paling busy la dalam UIA ni. Total kredit hour dah la paling banyak dalam Malaysi. Dalam Malaysia tau. Kalau tak silap dalam 140 lebih kredit hour sepanjang 4 tahun pengajian. Contact hour tak payah cakap la, kelas memang selalunya dari pukul 8.00 pagi sampai 7 petang untuk sem ni (sebab kena ambik kelas BM).

Last sekali, nak ucapkan terima kasih kepada semua komiti dan mainboard batch yang telah bersusah payah conduct batch dalam setahun ni. Banyak pengorbanan korang untuk batch rx15 ni. Tak sangka kan, tahun pertama sebagai seorang pelajar farmasi UIAM Kuantan dah nak habis, lepas ni jadi senior la pulak. Apa-apa pun, goodluck kepada semua yang akan menduduki final exam tak lama lagi. Untuk kitorang, last paper kitorang habis seminggu lebih awal daripada yang sepatutnya. So boleh la enjoy cuti lama sikit. Yang paling best, dapat sambut Ramadhan kat rumah. Yayy..

Ok lah tu, sekian saja untuk post kali ni. Jumpa lagi pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

6 tips berniaga secara online

Assalamualaikum  dan salam sejahtera, Pernah tak anda terfikir nak tambah pendapatan dengan buat kerja sampingan? Ataupun berminat nak bua...