Pernah tak anda terfikir nak tambah pendapatan dengan buat kerja sampingan? Ataupun berminat nak buat business online tapi tak tahu macam mana nak start. Ataupun dah start buat business tapi tak tahu cara yang betul nak promote business anda. Jika anda tergolong dalam salah satu golongan tersebut, disini saya nak kongsikan beberapa tips untuk memudahkan anda berniaga secara online.
1. TRIGGERING INTEREST
Ok ni sebenarnya perkara yang paling penting untuk anda mendapatkan prospek untuk membeli produk anda. Anda perlulah mencipta atau menyusun stratergy untuk membuatkan ramai yang tertarik dengan produk anda. Jadi diingatkan sekali lagi bahawa tips ni utuk orang yang buat business online sahaja tau.
Jadi, antara cara untuk trigger interest orang adalah dengan menceritakan masalah yang dapat diselesaikan dengan membeli produk anda seterusnya menceritakan kelebihan produk itu sendiri. Sebagai contoh, jika anda menjual layang-layang di pantai cherating, masalah yang dapat anda selesaikan ialah customer yang nak bercuti tetapi instead jalan-jalan tengok permandangan di pantai, mereka nak satu kelainan dalam percutian mereka. Jadi, anda boleh mempromosikan layang-layang anda dengan harapan masalah tersebut dapat diselesaikan. Anda boleh menggunakan ayat penarik bagi membuatkan orang teruja untuk membeli produk layang-layang anda. Contohnya "Anda inginkan percutian yang menarik di Cherating? Ingin meluangkan masa percutian bersama keluarga tetapi tiada aktiviti yang ingin dibuat? Kami ada penyelesaiannya. Anda boleh mencuba bermain layang-layang di cherating bersama keluarga yang tersayang. Untuk maklumat lanjut, hubungi [nombor anda]"
![]() |
Pantai Cherating |
![]() |
Layang-layang di Cherating |
Haa lebih kurang begitu la ceritanya. Kemudian, certakan pula kelebihan bermain layang-layang dalam website/ facebook page anda. Antaranya dapat menyihatkan badan dengan mengeluarkan peluh ketika bermain layang-layang.
2. TESTIMONI
Yang ini memang biasa peniaga online buat. jangan malu untuk mintak testimoni daripada pelanggan yang pernah membeli produk anda. Kerana dengan testimoni tersebut, anda dapat nilai tambah bagi melariskan lagi produk anda. Tapi ada 2 syarat sekiranya anda ingin memasukkan testimoni dalam website/facebook pages anda. Pertama, mestilah meminta kebenaran dahulu daripada pengguna untuk memaparkan nama atau muka dalam testimoni anda. Kedua, jangan sesekali menipu dengan meletakkan testimoni palsu kerana ia melanggar syariah. Walaupun tiada manusia tahu, tetapi ingatlah bahawa Dia tahu segalanya.
3.CIRI-CIRI SERVIS/ PRODUK
Untuk mendapatkan jualan yang laris, anda boleh mengadakan 1 time offer, seperti mengadakan special diskaun untuk setiap produk anda. Seperti contoh yang dikatakan tadi, anda boleh membahagikan produk layang-layang anda kepada 3 kategori. Yang pertama, buat pakej team building. Sekiranya 1 layang-layang dijual dengan harga RM30, untuk pakej team building anda boleh bagi 10 layang-layang pada harga RM250. Anda bagitahu mereka bahawa mereka jimat RM50. Anda tetap dapat untung kuantiti pembeli yang banyak. Kiranya win-win situation la. Kedua, anda boleh buat pakej family, untuk 5 layang-layang anda jual RM130. Anda bagitahu mereka bahawa mereka telah jimat RM20 sekiranya mengambil pakej ini. Anda juga boleh katakan bahawa ini pakej paling popular dan diminati oleh pelanggan. Seterusnya, pakej couple. Untuk 2 layang-layang dapat RM50.
Selain itu, anda juga boleh menambah free gift dalam setiap pakej yang ditawarkan. Kebiasaannya, produk yang mahal pun orang sanggup beli kalau anda sediakan banyak free gift. Katakanlah kalau saya jual pen biasa RM30 tapi dapat free pencil case, free ink, free beg sandang. Mesti anda pun rasa nak beli walaupun sebenarnya itu pen biasa sahaja. Betul tak.
Jadi, menyediakan offer ni pun salah satu cara menarik untuk menambah pelanggan anda
4. ELEMEN KREDIBILITI
Elemen kredibiliti ni sebenarnya penting untuk memperoleh kepercayaan pembeli untuk membeli produk anda. Manusia lebih selesa berjual beli sesama manusia berbanding jual beli dengan mesin atau robot. Jadi, lebih baik sekiranya anda ceritakan pasal diri anda dalam website ataupun page jual beli tu, sambil post sedikit gambar anda. Itu membuatkan pelanggan tertarik untuk membeli produk anda.
5. DATABASE
Sebenarnya, penting untuk kita collect database setiap pelanggan kita. Ia akan memudahkan kita sekiranya kita ingin membuat offer ataupun sales pada masa akan datang. Katakanlah sekiranya sales anda tengah down dalam bulan ni, anda boleh blast emel ke semua emel pelanggan anda untuk mempromosikan offer terbaru anda. Sekiranya anda ada 7000 emel, target lah dalam 10% yang akan membeli produk anda, dapat la dalam 700 pelanggan. Kan dah untung. Untuk membuat database, anda boleh menggunakan google form
6. PAYMENT GATEWAY
Kali ni beralih pula kepada cara pembayaran daripada pelanggan anda. Ada dua cara untuk payment daripada pelanggan. Kebiasaannya seller online akan menggunakan cara yang manual iaitu melalui medium WhatsApp untuk menerima order dan meminta pelanggan snap gambar bukti pembayaran kepada anda.
Tapi kali ni, saya nak cerita sedikit pembayaran yang lebih sistematik. Iaitu dengan menggunakan Onpay. Apakah itu onpay? onpay ni sebuah website yang menguruskan pembayaran anda. Ia lebih sistematik dan anda dapat merekod segalam payment yang masuk ke akaun anda. Onpay ni sesuai digunakan sekiranya anda ada terlalu banyak pelanggan dan tidak sempat untuk menguruskan segala pembayaran. Anda hanya perlu create borang payment dalam onpay dan sharekan sekali dalam website anda. Secara automatik pelanggan dapat terus membuat pembayaran kepada anda. Anda hanya perlu check akaun onpay anda untuk urusan lebih lanjut. Tambahan pula, segala aktiviti pembayaran direkod secara tersusun dalam onpay anda.
EXTRA
Alang-alang dah cerita pasal business online, saya nak bagitahu macam mana nak dapatkan ramai customer. Ataupun dalam istilah online ni, macam mana nak dapat banyak follower atau likes daripada orang ramai. First sekali, anda boleh menggunakan facebook ads untuk mempromosikan page anda. Tetapi pastikan pages anda dipenuhi dengan post yang menarik supaya lebih ramai yang nak likes page anda tu. Tapi itu cara berbayar. Bagaimana nak dapatkan free follower/ likers? Salah satu cara adalah dengan memberikan tips-tips kepada orang ramai. Walaupun tips yang tak ada kena mengena dengan bisnes, anda boleh share kan sedikit tips atau kata-kata motivasi dalam website anda. Anda boleh mendapat free traffic dengan hanya share tips dan mendapat lebih ramai likers atau followers.
![]() |
Boleh guna facebook ads untuk promote page korang |
OK, rasanya itu sahaja post saya untuk kali ni. Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang.